Saturday 28 July 2012

LED (DIOD PEMANCAR CAHAYA)


Cikgu nak kenalkan pada kamu satu komponen elektronik yang kini amat popular digunakan di mana sahaja.  ianya dinamakan LED (Light Emitting Diode) atau dalam bahasa melayunya dipanggil diod pemancar cahaya.
LED ialah komponen elektronik yang biasanya digunakan pada peralatan elektrik untuk mengeluarkan cahaya. ianya seperti mentol juga, tetapi mengeluarkan cahaya dalam kuantiti yang sedikit dan amat menjimatkan elektrik. LED juga tahan lebih lama berbanding mentol. LED terdapat dalam pelbagai warna sepeti merah, kuning, hijau, biru dan juga putih. ianya amat menarik jika dipasang pada waktu malam.


LED PELBAGAI WARNA

PENGGUNAAN LED PADA LAMPU SULUH
TERDAPAT 2 KUTUB IAITU KATOD (-) DAN ANOD (+)
LED PADA KASUT

PENGGUNAAN LED PADA LAMPU KERETA
KELIHATAN MENARIK JIKA DIPASANG PADA WAKTU MALAM





i CITY YANG MENGGUNAKAN LED