PERNAHKAH KAMU IMPIKAN SEBUAH TAMAN YANG PENUH DENGAN BUNGA BUNGAAN, POKOK-POKOK YANG RENDANG, IKAN-IKAN HIASAN YANG BEBAS BERENAG DAN PELBAGAI LAGI SUASANA YANG MENYEGARKAN? HARI INI CIKGU INGIN MENCERITAKAN SERBA SEDIKIT MENGENAI BAB TANAMAN HIASAN AGAR KAMU SEMUA BOLEH MEMBINA TAMAN IMPIAN KAMU SUATU HARI NANTI. BAB TANAMAN HIASAN ADALAH SALAH SATU BAB YANG AKAN DIPELAJARI PADA TAHUN 4. MARI KITA LIHAT APA YANG ADA.
TANAMAN HIASAN
Tanaman hiasan ialah tanaman yang di tanam di kawasan persekitaran untuk menghiasi kawasan tersebut.Tanaman hiasan ini di tanam di dalam bekas seperti pasu, atau di tanam terus di atas tanah.Tanaman hiasan ada yang berbunga dan ada yang tidak berbunga.
JENIS-JENIS TANAMAN HIASAN
Ada pelbagai jenis tanaman hiasan yang di tanam sekitar rumah atau banggunan.
Tanaman hiasan berbeza dari segi pokok, bentuk, warna dan jangka masa hayat.
|
POKOK NAUNGAN - ANGSANA |
- Pokok Naungan
- Pokok Naungan ditanam untuk memberikan teduhan suatu tempat.Biasanya bersaiz besar dan tinggi. Contohnya Pokok Tembusu, Beringin, dan Angsana
|
POKOK RENEK - BUNGA KERTAS |
- Pokok Renek
- Pokok renek banyak mempunyai batang dan cabang. Saiznya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu besar. Contohnya Pokok Bunga Raya, Pokok Bunga Kertas dan Pokok Bunga Ixora.
|
JENIS POKOK PALMA - POKOK PINANG RAJA |
- Pokok Palma
- Pokok palma adalah pokok jenis berbatang dan berdaun lebar serta mempunyai pelepah. Contohnya Pokok Pinang Raja, Pokok Kelapa Gading dan Pokok Pingang Manila.
|
POKOK MENJALAR - BUNGA ROS JEPUN |
- Pokok Memanjat / Menjalar
- Pokok menjalar biasanya berdaun dan berbunga dengan saiz yang kecil serta menjalar. Contohnya Pokok Bunga Kembang Pagi dan Pokok Bunga Ros Jepun.
|
POKOK BUNGA SEMUSIM - BALUNG AYAM |
- Pokok Bunga Semusim
- Tanaman hiasan ini berbunga semusim sahaja dan mempunyai jangka hayat yang pendek. Ianya dibiakkan melalui biji benih. Contohnya Pokok Bunga Balung Ayam, Pokok Bunga Keembung, Pokok Bunga Matahari, Pokok Bunga Butang, dan Pokok Bunga Zinnia.
|
POKOK PENUTUP BUMI - ARACHIS |
- Pokok Penutup Bumi
- Pokok penutup bumi biasanya ditanam di atas tanah dan bersaiz kecil. Contohnya rumput, Arachis spp.
|
POKOK KAKTUS |
- Pokok Kaktus
- Pokok kaktus kebanyakannya tidak berdaun dan mempunyai duri. Ada yang berbunga dan ada yang tidak berbunga. Contohnya Espestoa Lanata dan Cereus Peruvianus
|
TAMAN HIASAN |
BEGITULAH SERBA SEDIKIT MENGENAI JENIS-JENIS TANAMAN HIASAN YANG CIKGU TAHU.
NANTI CIKGU AKAN CERITAKAN LAGI DI MASA YANG AKAN DATANG. SEKIAN TERIMA KASIH..
|
RUMPUT HIASAN |
|
KOLAM HIASAN |