Thursday 15 December 2011

IKAN HIASAN

AKUARIUM HIASAN


KALI INI CIKGU INGIN MENCERITAKAN SERBA SEDIKIT MENGENAI IKAN HIASAN. IKAN HIASAN BIASANYA DIMINATI RAMAI. BOLEH DIKATAKAN KEBANYAKKAN RUMAH MEMPUNYAI IKAN HIASAN. PENTERNAKAN IKAN HIASAN JUGA BOLEH MENDATANGKAN KEUNTUNGAN DISAMPING SEBAGAI SATU HOBI YANG MENARIK. TAJUK IKAN HIASAN INI TERDAPAT DALAM SUKATAN PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5.




JENIS-JENIS IKAN HIASAN
    IKAN PELAGA
IKAN EMAS




IKAN TIGER BARB



IKAN RAINBOW

IKAN GUPPY

IKAN AROWANA
IKAN KOI


















IKAN OSCAR

ANGLE FISH
IKAN FLOWER HORN




















JENIS-JENIS AKUARIUM / BEKAS IKAN HIASAN
  • AKUARIUM KACA
  • AKUARIUM PLASTIK
  • AKUARIUM KACA BULAT
  • AKUARIUM BERBADAN KAYU
  • BOTOL PLASTIK 
  • KOLAM GENTIAN
  • KOLAM PVC





PERKARA YANG PENTING DALAM MEMELIHARA IKAN HIASAN


  • SISTEM PENGUDARAAN 
    • Penyediaan pam udara adalah penting bagi menambah kandungan oksigen di dalam air.
  • SISTEM PENAPIS AIR
    • Penyediaan penapis air amat penting bagi menapis segala kekotoran dalam air bagi mengelakkan penyakit pada ikan peliharaan. 
    • Penapis biologi adalah penapis terbaik bagi menyingkirkan bakteria di dalam air. 
  • PERAWATAN AIR
    • Rawatan air adalah perlu bagi meneutralkan air daripada klorin yang terdapat dalam air. 
  • AKSESORI AKUARIUM
    • Aksesori digunakan bagi mencantikkan akuarium seperti hiasan kincir air, lampu hiasan, binaan kapal, tumbuhan plastik dan sebagainya. Pemilihan aksesori perlu dipastikan tiada toksik bagi menjamin kesihatan ikan hiasan. 
  • HIASAN DALAMAN AKUARIUM
    • Rekabentuk hiasan dalaman akuarium perlu dipastikan sesuai agar tidak mengganggu habitat ikan hiasan. 











Wednesday 7 December 2011

TANAMAN HIASAN



PERNAHKAH KAMU IMPIKAN SEBUAH TAMAN YANG PENUH DENGAN BUNGA BUNGAAN, POKOK-POKOK YANG RENDANG, IKAN-IKAN HIASAN YANG BEBAS BERENAG DAN PELBAGAI LAGI SUASANA YANG MENYEGARKAN? HARI INI CIKGU INGIN MENCERITAKAN SERBA SEDIKIT MENGENAI BAB TANAMAN HIASAN AGAR KAMU SEMUA BOLEH MEMBINA TAMAN IMPIAN KAMU SUATU HARI NANTI. BAB TANAMAN HIASAN ADALAH SALAH SATU BAB YANG AKAN DIPELAJARI PADA TAHUN 4. MARI KITA LIHAT APA YANG ADA.


TANAMAN HIASAN
Tanaman hiasan ialah tanaman yang di tanam di kawasan persekitaran untuk menghiasi kawasan tersebut.Tanaman hiasan ini di tanam di dalam bekas seperti pasu, atau di tanam terus di atas tanah.Tanaman hiasan ada yang berbunga dan ada yang tidak berbunga.

JENIS-JENIS TANAMAN HIASAN
Ada pelbagai jenis tanaman hiasan yang di tanam sekitar rumah atau banggunan.
Tanaman hiasan berbeza dari segi pokok, bentuk, warna dan jangka masa hayat.

POKOK NAUNGAN - ANGSANA


  • Pokok Naungan 
    • Pokok Naungan ditanam untuk memberikan teduhan suatu tempat.Biasanya bersaiz besar dan tinggi. Contohnya Pokok Tembusu, Beringin, dan Angsana

POKOK RENEK - BUNGA KERTAS





  • Pokok Renek 
    • Pokok renek banyak mempunyai batang dan cabang. Saiznya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu besar. Contohnya Pokok Bunga Raya, Pokok Bunga Kertas dan Pokok Bunga Ixora.


JENIS POKOK PALMA - POKOK PINANG RAJA







  • Pokok Palma 
    • Pokok palma adalah pokok jenis berbatang dan berdaun lebar serta mempunyai pelepah. Contohnya Pokok Pinang Raja, Pokok Kelapa Gading dan Pokok Pingang Manila.


POKOK MENJALAR - BUNGA ROS JEPUN






  • Pokok Memanjat / Menjalar 
    • Pokok menjalar biasanya berdaun dan berbunga dengan saiz yang kecil serta menjalar. Contohnya Pokok Bunga Kembang Pagi dan Pokok Bunga Ros Jepun.
POKOK BUNGA SEMUSIM - BALUNG AYAM



  • Pokok Bunga Semusim 
    •  Tanaman hiasan ini berbunga semusim sahaja dan mempunyai jangka hayat yang pendek. Ianya dibiakkan melalui biji benih. Contohnya Pokok Bunga Balung Ayam, Pokok Bunga Keembung, Pokok Bunga Matahari, Pokok Bunga Butang, dan Pokok Bunga Zinnia.





POKOK PENUTUP BUMI - ARACHIS




  • Pokok  Penutup Bumi 
    • Pokok penutup bumi biasanya ditanam di atas tanah dan bersaiz kecil. Contohnya rumput, Arachis spp. 



POKOK KAKTUS




  • Pokok Kaktus 
    • Pokok kaktus kebanyakannya tidak berdaun dan mempunyai duri. Ada yang berbunga dan ada yang tidak berbunga. Contohnya Espestoa Lanata dan Cereus Peruvianus







TAMAN HIASAN
BEGITULAH SERBA SEDIKIT MENGENAI JENIS-JENIS TANAMAN HIASAN YANG CIKGU TAHU. NANTI CIKGU AKAN CERITAKAN LAGI DI MASA YANG AKAN DATANG. SEKIAN TERIMA KASIH..
RUMPUT HIASAN
KOLAM HIASAN




Friday 2 December 2011

JAHITAN

BAB JAHITAN AKAN DIPELAJARI PELAJAR PADA TAHUN 5, DISINI CIKGU BERIKAN SEDIKIT INFO MENGENAI JAHITAN YANG AKAN KAMU PELAJARI. 


ALATAN JAHITAN
  1. Gunting
    • Kegunaan
      untuk memotong kain dan benang
  2. Jarum peniti
    • Kegunaan
      untuk menyemat kain dan kertas ketika memotong dan menjahit artikel
  3. Penetas
    • Kegunaan
      untuk membuka semula jahitan yang silap
  4. Kapur penanda
    • Kegunaan
      untuk menanda garisan potongan dan jahitan
  5. Pita Pengukur
    • Kegunaan
      untuk mengukur di atas kain dan kertas

JENIS JAHITAN HIASAN
Jenis jahitan hiasan yang boleh digunakan adalah jahitan tangan seperti berikut:
  1. Jahitan Kia
  2. Jahit Silang Pangkah
  3. Insang Pari