Showing posts with label Alatan Tangan. Show all posts
Showing posts with label Alatan Tangan. Show all posts

Wednesday, 16 November 2011

GERGAJI

HARI INI CIKGU NAK MEMPERKENALKAN PADA SEMUA SEJENIS ALATAN TANGAN YANG SERING DIGUNAKAN. PADA YANG TAK KENAL ALATAN NI JOM CIKGU TUNJUK.

1. Gergaji Tangan
  • Digunakan untuk memotong secara kerat dan belah.
  • Ada dua jenis :
    • mengerat kayu — memotong melintangi urat kayu
    • membelah kayu — memotong selari dengan urat kayu

  • Saiz gergaji di tentukan oleh:
    • panjang bilah
    • bilangan gigi setiap 25 mm (1 inci)
    • Panjang bilah adalah antara 55 - 70 mm.

2. Gergaji Puting



  • Digunakan untuk:
    • memotong kayu bersaiz kecil
    • memotong tanggam kayu
  • Jalur logam di bahagian atas bilah melurus dan menguatkan bilah gergaji.
  • Saiznya ditentukan oleh panjang bilah dan dijual dalam ukuran panjang 250 - 300 mm dengan 12 - 14 gigi setiap 25 mm (1 inci).

3. Gergaji Lengkung Halus 



  • Digunakan untuk menggergaji bentuk lengkung pada bahan nipis.
  • Saiznya ditentukan oleh panjang bilah gergaji.
  • Mata gergaji dipasang menghala ke hulu.
 
     MACAMANA? BOLEH FAHAM KE? KALAU TAK FAHAM BOLEH LA HUBUNGI CIKGU UNTUK MAKLUMAT LANJUT YE. JANGAN MALU JANGAN SEGAN. APA YANG TERDAYA DIBANTU AKAN DIBANTU. TERIMA KASIHHHH..

Monday, 14 November 2011

BAGAIMANA TUKUL DIHASILKAN

HARI INI CIKGU NAK TUNJUK PULA BAGAIMANA TUKUL DIHASILKAN. KITA DAH TAHU CIRI-CIRI TUKUL, TAPI TAK TAHU ASAL USULNYA. SEKARANG MARI SAMA-SAMA KITA NONTON YE...

Wednesday, 9 November 2011

BAGAIMANA PLAYAR DIHASILKAN

NI CIKGU NAK TUNJUK SATU VIDEO BAGAIMANA PLAYAR DIHASILKAN. MEMANG MENARIK SEBAB SEBELUM NI KITA HANYA TAHU GUNA JE PLAYAR, TAPI TAK TAU ASAL USUL DIA. HARAP BERGEMBIRA..

Friday, 4 November 2011

BAGAIMANA MENGGUNAKAN TUKUL KUKU KAMBING DENGAN CARA YANG BETUL


How to Use a Hammer -- powered by ehow

Tukul Kuku Kambing

Hari ini cikgu nak kenalkan pada semua apa itu Tukul Kuku Kambing bersempena nama blog cikgu ni.  Mungkin ada yang dah kenal dan ada juga yang tak kenal. Jadi hari ini cikgu nak bagitau la dekat semua beserta gambar sekali. Harap jangan ada yang tanya lagi la lepas ni apa itu Tukul Kuku Kambing.


(a)Tukul kuku kambing digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku.
(b)Bahagian kuku digunakan untuk mencabut paku dan bahagian muka digunakan untuk mengetuk paku.
(c)Saiznya ditentukan oleh berat kepalanya.