Wednesday 16 November 2011

GERGAJI

HARI INI CIKGU NAK MEMPERKENALKAN PADA SEMUA SEJENIS ALATAN TANGAN YANG SERING DIGUNAKAN. PADA YANG TAK KENAL ALATAN NI JOM CIKGU TUNJUK.

1. Gergaji Tangan
  • Digunakan untuk memotong secara kerat dan belah.
  • Ada dua jenis :
    • mengerat kayu — memotong melintangi urat kayu
    • membelah kayu — memotong selari dengan urat kayu

  • Saiz gergaji di tentukan oleh:
    • panjang bilah
    • bilangan gigi setiap 25 mm (1 inci)
    • Panjang bilah adalah antara 55 - 70 mm.

2. Gergaji Puting



  • Digunakan untuk:
    • memotong kayu bersaiz kecil
    • memotong tanggam kayu
  • Jalur logam di bahagian atas bilah melurus dan menguatkan bilah gergaji.
  • Saiznya ditentukan oleh panjang bilah dan dijual dalam ukuran panjang 250 - 300 mm dengan 12 - 14 gigi setiap 25 mm (1 inci).

3. Gergaji Lengkung Halus 



  • Digunakan untuk menggergaji bentuk lengkung pada bahan nipis.
  • Saiznya ditentukan oleh panjang bilah gergaji.
  • Mata gergaji dipasang menghala ke hulu.
 
     MACAMANA? BOLEH FAHAM KE? KALAU TAK FAHAM BOLEH LA HUBUNGI CIKGU UNTUK MAKLUMAT LANJUT YE. JANGAN MALU JANGAN SEGAN. APA YANG TERDAYA DIBANTU AKAN DIBANTU. TERIMA KASIHHHH..

No comments:

Post a Comment