Sunday 27 November 2011

PAKU

HARI INI CIKGU NAK CERITA SEDIKIT MENGENAI PAKU. BANYAK YANG KITA TAHU MENGENAI PAKU, TETAPI TAHUKAH KAMU JENIS PAKU DAN KEGUNAANNYA? MARI KITA LIHAT.



  • Paku menjadi pengikat yang biasa digunakan dalam kerja kayu
  • Ia biasanya diperbuat daripada keluli lembut yang bersadurkan zink. Ada juga paku yang diperbuat daripada aluminium, tembaga dan loyang.
  • Apabila membeli paku, nyatakan:
    • saiz atau panjangnya
    • bentuk kepala
    • jenis bahan buatannya
    • diameter batang
    • kuantiti iaitu beratnya dalam kilogram
  • Memilih saiz atau panjang paku:
    • untuk memaku terus ke permukaan kayu, panjang paku mestilah 2½ kali tebal kayu pertama.





    • untuk memaku ke tepi kayu, panjang paku mestilah 3½ kali tebal kayu pertama.







JENIS-JENIS PAKU





  • Paku kepala rata
    • kepalanya besar, rata dan tidak boleh dibenamkan ke bawah permukaan kayu
    • digunakan untuk kerja am untuk cantuman yang lebih kukuh dan kuat








  • Paku panel
    • kepalanya berbentuk kon dan kecil serta boleh dibenamkan ke bawah permuakaan kayu
    • digunakan untuk kerja halus dan kecil









  • Paku payung
    • kepalanya berbentuk payung
    • disadur dengan zink supaya tahan karat
    • digunakan untuk memasang atap zink 







CARA-CARA MEMAKU

  • memaku tegak
    • untuk benda kerja kayu yang nipis
    • paku dipegang secara tegak apabila mengetuk dengan tukul
  • memaku serong
    • memberi cengkaman yang lebih kuat dan kukuh
    • paku dipegang secara serong sedikit apabila mengetuk dengan tukul














No comments:

Post a Comment